MY Digital
MY DIGITAL AWS CLOUD MSP
MyDIGITAL adalah satu inisiatif yang melambangkan aspirasi Kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital. Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia menggariskan usaha dan inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL. Rangka tindakan ini menetapkan trajektori sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia dan membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara, termasuk dalam merapatkan jurang digital.
Teras 1 MyDigital adalah untuk Memacu Transformasi Digital Sektor Awam. Ianya menyokong pelaksanaan teknologi perkomputeran awan dalam memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan proses kerja dan produktiviti pada peringkat persekutuan dan negeri.Teknologi perkomputeran awan akan membolehkan Agensi Sektor Awam memperoleh sumber perkomputeran dengan cepat, mudah, terkawal dan fleksibel tanpa perlu menanggung perbelanjaan besar untuk pelaburan kemudahan teknologi maklumat seperti pusat data, pelayan dan penstoran.


Tentang Kami
PENYEDIA PERKHIDMATAN AWAN (CSP)
Amazon Web Services (AWS) adalah salah satu penyedia perkhidmatan perkomputeran awan (CSP) yang telah dilantik oleh kerajaan Malaysia. AWS adalah platform perkomputeran awan yang paling komprehensif dan digunakan secara meluas di seluruh dunia, dengan menawarkan lebih dari 200 jenis perkhidmatan awan. Jutaan pelanggan – termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multi-nasional (MNC), perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta syarikat start-up yang terkenal didunia telah menggunakan perkhidmatan awan AWS untuk menjadi lebih kos efektif, produktif, inovatif, fleksibel, kebolehskalaan, pertumbuhan dan pengaturan suasana kerja

PENYEDIA PERKHIDMATAN TERURUS (MSP)
Radmik Solutions (Radmik) adalah Managed Service Provider (MSP) bagi AWS yang telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pengurusan dan khidmat sokongan teknikal perkhidmatan perkomputeran awan AWS. Dengan pengalaman dan keupayaan melaksanakan pelbagai kontrak ICT kerajaan selama lebih dari 15 tahun, yang merangkumi skop pembangunan dan penyelenggaraan Pusat Data, Pembangunan Sistem, Rangkaian dan Keselamatan, Radmik komited dalam menjayakan inisiatif MyDigital oleh kerajaan Malaysia untuk memacu transformasi Digital Sektor Awam.

PARTNER NETWORK



SEBUT HARGA
Permohonan sebut harga untuk penyelesaian pengkomputeran awan terurus AWS.
Berita
Berita

Manfaat menggunakan Amazon Web Services (AWS) kerana dapat mengurangkan kos. AWS memberi kuasa kepada perniagaan untuk meningkatkan produktiviti, kelincahan perniagaan, dan ketahanan operasi. AWS telah membantu ribuan organisasi berhijrah ke awan dengan pendekatan terbukti untuk membantu anda mencapai objektif perniagaan anda dengan lebih pantas.

Amazon Web Services (AWS) mengintegrasikan kawalan menyeluruh, jarak pandang skala yang unggul, dan proses automatik ke dalam infrastruktur awan untuk membolehkan asas yang selamat di mana anda boleh membina. AWS Shared Responsibility Model memudahkan anda memahami peranan yang anda mainkan dalam melindungi persekitaran AWS anda yang unik.
Aktiviti
AKTIVITI AKAN DATANG
Case Study
Pembelajaran Dalam Talian


Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK) adalah sebuah jabatan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang ditugaskan untuk membangunkan sistem pendidikan politeknik dan kolej komuniti bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan modal insan Malaysia. Ia kini menguruskan pendidikan dan latihan di 36 politeknik kerajaan dan 104 kolej komuniti di seluruh negara.
Pada mulanya, Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System -LMS) yang diberi nama Curriculum Information Document Online System (CIDOS) merupakan saluran tambahan untuk model pengajaran tradisional bersemuka. Ianya menyaksikan menyaksikan peningkatan penggunaan (traffic) oleh pelajar dan pensyarah selepas beberapa tahun. Pada bulan April 2019, JPKK memutuskan untuk menaiktaraf LMS – menjadikannya sebagai saluran pembelajaran utama dan seterusnya meningkatkan akses ke kurikulum akademiknya. JPKK juga telah berjaya memenuhi matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat, seperti Global Online Learning Shift yang disarankan dalam Pelan Pembangunan Pengajian Tinggi Malaysia (2015-2025). Sejak Ogos 2020, LMS CIDOS telah beroperasi sepenuhnya di atas platform AWS. CIDOS adalah platform pendidikan berasaskan pengkomputeran awan bersepadu terbesar di sektor awam Malaysia, menyediakan kurikulum akademik sepanjang tahun dalam talian untuk 116,861 pelajar dan 7,396 pensyarah di 36 politeknik di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan Pengkomputeran Awan AWS yang digunakan:
- Amazon Elastic Compute Cloud (EC2)
- Amazon Relational Database Service (RDS)
- Amazon Elastic File System (EFS)
- AWS Auto Scaling
- Amazon CloudWatch
Kelebihan menggunakan AWS:
- Tiada lagi downtime semasa menggunakan CIDOS LMS semasa proses pembelajaran.
- Kebolehskalaan dalam menyokong pertumbuhan penggunaan CIDOS LMS.
- Pengoptimuman sumber untuk memberi tumpuan dalam memberikan pendidikan berkualiti.
- Mencapai pengurangan kos sebanyak 30 peratus.
- Mencapai pematuhan privasi dan keselamatan data kerajaan persekutuan.
Migrasi & Permodenan

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membantu 9 juta pengguna mengakses Data Perangkaan Malaysia diatas platform AWS
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang mengumpulkan statistik ekonomi dan sosial nasional, menjadi antara agensi sektor awam yang terawal menggunakan perkhidmatan AWS. DOSM bertanggungjawab untuk melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, suatu proses yang hanya memakan masa sekitar 3 bulan, tetapi perlu menampung kos operasi yang agak tinggi termasuk penyelenggaraan infrastruktur ICT sediada.
Dengan beralih ke perkhidmatan pengkomputeran awan, DOSM dapat menggunakan perkhidmatan awan yang sesuai untuk keperluan, menjimatkan kos serta kebolehskalaan. DOSM juga menggunakan pelbagai perkhidmatan AWS yang lain seperti pengurusan akses pengguna serta penyelesaian berkaitan keselamatan ICT.
Perkhidmatan Pengkomputeran Awan AWS yang digunakan:
- Amazon Aurora
- Amazon CloudFront
- Amazon GuardDuty
- AWS Security Hub
- AWS Certificate Manager
- AWS Client VPN
- AWS Web Application Firewall
“Dengan menggunakan AWS, carakerja kami menjadi lebih mudah dan fokus, pasukan AWS juga memahami apa yang kami perlukan. Kemajuan projek kami bertambah lebih cepat menggunakan perkhidmatan awan, dan momentum kerja kami adalah hasil penggunaan AWS”
En. Razale Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah
Kelebihan menggunakan AWS:
- Penaiktarafan Lebarjalur (bandwidth) dan infrastruktur untuk menyokong sembilan juta pengunjung portal banci.
- Dapat mengawal trafik portal banci sepenuhnya, termasuk ketika terdapat 200,000 pengguna pada satu masa di masa puncak.
- Penjimatan kos sekitar 25% –50% pada pihak kerajaan.
- Mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamatan ICT sektor awam.
- Masalah capaian pengguna Portal Malaysia Statistics Ubiquitous Learning (MySUL) untuk e-pembelajaran bagi Penyelia Banci dan Pembanci dapat diselesaikan sepenuhnya.
- Membantu unit Infrastruktur yang terdiri dari lima orang anggota untuk menjadi lebih cekap dan efisien.
Pelancongan & Hospitaliti


AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia yang berpengkalan di Malaysia.Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 165 destinasi merentasi 25 negara dengan anggaran 60 juta orang penumpang setiap tahun (2019). AirAsia menggunakan perkhidmatan seperti Amazon CloudWatch, AWS Lambda dan AWS X-ray yang menawarkan pandangan prestasi terperinci dan meningkatkan kecekapan operasi. Sejak memindahkan laman web dan platform tempahannya ke AWS, mereka dapat mengatasi permintaan pelanggan dengan lebih baik; penskalaan automatik untuk menerima hampir 10 juta hingga 40 juta permintaan setiap hari pada musim normal dan puncak.
Soalan Lazim
Soalan Lazim
-
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKHIDMATAN PERKOMPUTERAN AWAN?
Perkhidmatan Pengkomputeran Awan adalah model pengkomputeran yang menyediakan konfigurasi sumber pengkomputeran (server, storan, rangkaian, aplikasi dan perkhidmatan lain) berdasarkan permintaan (on-demand) yang boleh disediakan dengan mudah, efektif, selamat, fleksibel dengan kos yang kompetitif secara dalam talian menerusi rangkaian Internet.
Cloud computing is a model for enabling ubiquitous, convenient, on-demand network access to a shared pool of configurable computing resources (e.g., networks, servers, storage, applications, and services) that can be rapidly provisioned and released with minimal management effort or service provider interaction. This cloud model is composed of five essential characteristics, three service models, and four deployment models (On-demand self-service, Broad network access, Resource pooling, Rapid elasticity & Measured service)
National Institute of Standards and Technology, U.S. Department of Commerce – September 2011 -
APAKAH CIRI-CIRI PENTING PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Ciri-ciri penting Perkhidmatan Pengkomputeran Awan adalah seperti berikut :
- Perkhidmatan pengkomputeran layan diri mengikut keperluan agensi seperti email, aplikasi, rangkaian, storan dan server boleh diperolehi dan digunakan secara terus dari pembekal perkhidmatan.
- Perkhidmatan pengkomputeran yang boleh dicapai melalui rangkaian internet menggunakan peranti tetap (desktop) atau peranti mudah alih (telefon mudah-alih, tablet)
- Sumber pengkomputeran yang dikongsi bersama oleh pelbagai pengguna secara maya.
- Perkhidmatan pengkomputeran yang boleh disediakan secara cepat dan anjal mengikut keperluan.
- Penggunaan sumber pengkomputeran secara optimum yang boleh dikawal, dipantau dan diselia setiap masa.
-
APAKAH OBJEKTIF UTAMA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Objektif utama penggunaan pengkomputeran awan adalah seperti berikut:
- Mengurangkan kos modal dan kos operasi agensi.
- Mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi agar menjadi lebih cekap & efesien.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber ICT agensi.
- Meningkatkan keseragaman dalam perolehan perkhidmatan.
- Agensi akan menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan dipantau secara seragam.
- Meminimumkan impak gangguan terhadap aset ICT jika terjadi sebarang kecelakaan.
- Mendapatkan kawalan keselamatan ICT yang lebih terjamin.
- Mendapatkan tahap jaminan perkhidmatan (Service Level Guarantee) dan perkongsian risiko pengoperasi pusat data dengan penyedia perkhidmatan (CSP).
-
APAKAH FAEDAH PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh satu-satu agensi akan memberikan faedah seperti berikut:
- Kapasiti berskala (scalable) bagi menampung keperluan semasa yang berubah (on-demand) dengan kos yang optimum
- Mempertingkatkan kecekapan (efficiency) agensi supaya lebih fokus kepada perkhidmatan teras.
- Mempertingkatkan keberkesanan (effectiveness) tadbir urus dan kos mengikut keperluan dan keutamaan agensi, dimana hanya perkhidmatan pengkomputeran yang digunakan sahaja akan di caj (pay-per-use)
- Agensi tidak perlu membangun, mengurus atau menyelenggara pusat data sendiri.
- Perkhidmatan ICT boleh dijalankan secara fleksibel secara jarak jauh (remote) dengan menggunakan teknologi terkini.
- Perkhidmatan ICT dapat disediakan sepanjang masa serta dapat mengurangkan risiko downtime.
- Jaminan keselamatan melalui dasar, teknologi dan kawalan keselamatan data, aplikasi dan infrastruktur dari sebarang ancaman siber melalui perkongsian tanggungjawab (shared responsibility) dengan pihak CSP.
- Penggunaan perisian dan perolehan sumber pengkomputeran terbaru yang lebih mudah dan cepat kerana kebanyakan konfigurasi telah diuruskan oleh CSP.
-
APAKAH MODEL PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Terdapat tiga (3) model pelaksanaan perkhidmatan pengkomputeran awan, iaitu:
- Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service/IaaS)
Model perkhidmatan IaaS menyediakan perkhidmatan perkakasan asas seperti server, storan, keselamatan dan rangkaian bagi menyokong operasi aplikasi atau perisian. Pengguna boleh menggunakan IaaS untuk mendapatkan perkakasan ini secara maya tanpa perlu membeli, mengendalikan dan menyelenggara sebarang perkakasan. - Platform sebagai Perkhidmatan (Platform-as-a-Services/PaaS)
Model perkhidmatan PaaS menyediakan platform untuk membangunkan aplikasi melalui internet, mengikut keperluan dan berasaskan kepada langganan. CSP menyediakan platform yang diperlukan dalam kitaran pembangunansistem seperti operating system, development tools, database, programming languages dan libraries menerusi perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna hanya perlu menggunakan platform bagi membangunkan aplikasi dengan lebih mudah dan lancar. - iii. Perisian sebagai Perkhidmatan (Software-as-a-Services/SaaS)
Model perkhidmatan SaaS menyediakan perisian aplikasi melalui Internet, mengikut keperluan dan berasaskan kepada langganan. CSP akan menyediakan dan mengurus semua keperluan infrastruktur ICT, penyelenggaraan dan keselamatan. Pengguna hanya memerlukan akses internet melalui web peranti tetap atau peranti mudah-alih untuk mengkonfigurasi aplikasi mengikut keperluan.
- Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service/IaaS)
-
APAKAH MODEL PELAKSANAAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Laoreet
-
APAKAH KEBURUKAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN DAN CARA MENGATASINYA?
Berikut adalah keburukan menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan serta cara-cara untuk mengatasinya:
- Kebergantungan kepada Internet (downtime)
Perkhidmatan pengkomputeran awan sering kali di kaitkan tempoh gangguan (downtime) kerana penggunaannya perlu membabitkan penggunaan internet secara menyeluruh. Jika ia membabitkan internet sudah pasti akan ada perkara-perkara seperti gangguan talian internet seperti tahap kelajuan yang rendah berlaku. Perkara ini dapat di atasi dengan menentukan dan melaksanakan rancangan pemulihan bencana yang seiringan dengan objektif satu agensi di mana ia memberikan masa pemulihan (RTO) dan objektif titik pemulihan (RPO) serendah mungkin. - Ancaman dari serangan siber (Vulnerability to attack)
Di dalam perkhidmatan pengkomputeran awan, setiap pengoperasian dan komponen adalah secara dalam talian (online) yang akan menjadikan ia mudah terdedah kepada ancaman serangan siber. Perkara ini terjadi kerana CSP tidak menetapkan sebarang syarat untuk menjadi pengguna perkhidmatan pengkomputeran awan. Namun, pengguna perlu mempunyai sijil atau kelayakan dalam pengurusan perkhidmatan awan, ICT dan risiko. MSP bertanggungjawab untuk membantu agensi dalam mengurus perkhidmatan awan yang di langgan. Perkara asas yang perlu dititik beratkan oleh setiap agensi adalah dengan menjadikan keselamatan sebagai aspek penting dalam pengoperasian IT. Hal ini boleh diperhalusi dengan pengkajian tentang dasar dan polisi agensi dalam pengurusan IT dan sentiasa mengkaji semula inti pati dasar tersebut agar ianya sejajar dengan perolehan keselamatan yang terkini. - Unjuran Peruntukan dan Kos
Di dalam menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan, pihak MSP bertanggungjawab untuk membantu agensi dari segi membuat unjuran peruntukan kos, agar agensi dapat menggunakan perkhidmatan awan secara optimum dengan kos yang kompetitif.
- Kebergantungan kepada Internet (downtime)
-
APAKAH PERUBAHAN PROSES DAN BUDAYA KERJA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA PROSES PERALIHAN KE PENGKOMPUTERAN AWAN?
Pegawai IT perlu diberi latihan/kursus yang cukup semasa proses peralihan supaya mereka dapat memanfaatkan pengkomputeran awan sebagai persekitaran IT baru. Oleh itu, kemudahan penggunaan (ease of use) aplikasi pengkomputeran awan baru oleh pekerja lain juga perlu diberi perhatian. Jurang pengetahuan mengenai pengkomputeran awan dapat dikurangkan sekiranya pekerja dilengkapkan dengan kemahiran dan latihan yang tepat mengenai pengkomputeran awan di samping memanfaatkan transfer of technology kepada pegawai lain. Pihak MSP dengan kerjasama CSP akan menyediakan latihan bertauliah (Certified Training) untuk pengguna yang melanggan perkhidmatan AWS.
-
BAGAIMANA DASAR PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN DISELARASKAN KEPADA DASAR KESELAMATAN SEDIA ADA?
Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam yang dibangunkan oleh MAMPU dan juga Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Pengkomputeran Awan Dalam Perkhidmatan Awam yang dibangunkan oleh CGSO telah mengambil kira Dasar Keselamatan ICT sedia ada. Dengan memahami dan menggunakan dua garis panduan ini, agensi-agensi kerajaan dapat memastikan bahawa perkhidmatan pengkomputeran awan dapat digunakan dengan selamat.
File 1 – Dasar Pengkomputeran Awan
File 2 - Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pengkomputeran Awan
-
BAGAIMANA ISU BERKAITAN RESIDENSI DATA (DATA RESIDENCY) DITANGANI?
CGSO telah membangunkan Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Pengkomputeran Awan Sektor Awam yang selari dengan Dasar Keselamatan/Arahan Keselamatan sedia ada dan dapat memberikan panduan yang lebih jelas dan mendalam. Untuk setiap peringkat pengkelasan data, CGSO telah menentukan model Cloud yang boleh digunakan (public,private,hybrid) dan juga lokasi data yang dibenarkan (dalam negara, luar negara dan lain-lain). Isu kedaulatan/residensi data tidak timbul sekiranya agensi-agensi menggunakan lokasi data yang betul sebagaimana yang ditetapkan oleh CGSO.
-
APAKAH STRUKTUR TADBIR URUS YANG DISARANKAN APABILA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN?
Untuk agensi sektor awam, disarankan agar proses klasifikasi data dijalankan dengan betul dan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data yang dikelaskan di tahap sensitif/sulit tidak akan diletakkan di dalam perkhidmatan awan. Untuk data lain yang akan disimpan di dalam perkhidmatan awan, agensi disarankan agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sekuriti yang disediakan oleh CSP seperti enkripsi, firewall, DDOS protection, dan lain-lain.
HUBUNGI
HUBUNGI KAMI
Lokasi:
D1-05-09, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
E-mel:
msp@radmik.com.my
No. Telefon:
No. Pejabat : +60361500156